Tuesday 29 March 2011

Perancangan Kewangan

Salam semua kepada pembaca-pembaca sekalian.

Dalam kehidupan kita sebagai hamba A
llah S.W.t di dunia ini, kita perlu tahu beberapa langkah2 yang perlu kita sediakan dan lakukan sebelum kite mencapai apa yang dipanggil Financial Freedom. Bagi sesetengah orang, mereka juga memanggil nye sebagai Financial Security. Sebenarnya terdapat banyak perbezaan antara dua dan saya akan kupas perbezaan ini di masa yang lain insyaallah.

Untuk mencapai tahap diatas kita perlu memahami kenapa kita perlu merancang kewangan kita. Perancangan kewangan yang baik akan membolehkan kita mencapai semua yang kita impikan manakala perancangan kewangan yang kurang baik akan menyebabkan kita sentiasa kekurangan wang.

Berbalik kepada tajuk perancangan kewangan, terdapat 4 langkah yang harus kita lalui dan setiap satu adalah penting.

Iaitu


Langkah 1- Wealth Creation/ Harta

Apabila kita mula bekerja, rata-rata antara kita bermula daripada sifar (tiada kekayaan) dan ada yang bermula dari negatif, terutama dari mereka yang mempunyai beban hutang PTPTN. Dan ada dikalangan kita yang juga bernasib baik memiliki kekayaan hasil dari pemberian/ peninggalan generasi yang lepas.


Wealth Creation adalah fasa dalam kehidupan kita dimana kita mula bekerja dan dalam masa yang sama kita menyimpan sedikit daripadanya untuk kegunaan dikemudian hari. Sebenarnya pada permulaan fasa kita mula bekerja adalah fasa yang paling susah untuk kita memulakan simpanan. Ini kerana pada pendapat saya, kebanyakkan dari kita akan mula mengunakan gaji yang diperolehi untuk membeli barang impian mereka. Ini termasuklah Handphone berjenama, televisyen 42 Inci, I-Pad dan sebagainya kerana desakan persekitaran.

Saya ingin kongsi satu pepatah yang saya peroleh semasa saya mula2 belajar merancang kewangan. `Jika kita tidak menjadi TUAN kepada wang, kita akan menjadi HAMBA kepada wang` bagi saya pepatah ini sangat tepat dan straight forward. Oleh itu kita harus mengamalkan sifat menyimpan sekurang2nya 10-20% dari jumlah gaji kita untuk tujuan wealth creation.

Pepatah kedua yang ingin saya kongsi iailah, `Sikit-Sikit Lama-Lama Menjadi Bukit`. Ini kerana jika kita tidak mempunyai RM100 dalam simpanan, kita tidak mungkin akan mencapai RM1000. Dan Jika kita tidak merancang untuk mempunyai Rm10,000.00, bagaimana kita hendak mencapai RM100,000.00? RM1,000,000.00?

Oleh itu kekayaan tidak akan datang dengan mudah dan sekelip mata tanpa ada kemahuan, perancangan dan usaha.

Saya akan menyambung lagi mengenai langkah 2 - Wealth Accumulation - Pengumpulan Harta dikemudian hari. Wassallam