Thursday 14 July 2011

APA YANG PERLU KITA TAHU SEBELUM MEMBUAT PELABURAN UNIT AMANAH

Sebelum anda bercadang untuk melaburkan duit anda ke dalam unit amanah, anda digalakkan unit membaca dan cuba memahami apa yang di terangkan didalam `Prospectus`. Dokument ini adalah dokument paling penting sebelum anda ingin melaburkan wang anda didalam unit amanah. Dokumen ini seperti kompas kepada unit amanah yang anda pilih dimana ianya akan menentukan hala tuju unit amanah yang dipilih.

Terdapat banyak pilihan unit amanah di pasaran dimana setiap darinya berbeza dari objektif pelaburan dan risiko yang terlibat. Pelabur digalakkan untuk membuat kajiselidik sebelum membuat keputusan untuk melabur didalam unit amanah di pasaran. Info-info itu boleh diperolehi dari `Prospectus` untuk setiap unit amanah dan saya akan terangkan sedikit sebanyak dibawah ini.

Objektif Pelaburan
Walaupun terdapat unit amanah yang mempunyai objektif untuk menjana pendapatan yang stabil
(income fund), terdapat juga unit amanah yang mempunyai objektif jangka panjang dimana `capital growth` diutamakan (growth fund) dan terdapat juga yang ade dua2 sifat di atas.

Oleh itu berpandukan objektif pelabur, pelabur hendaklah memilih unit amanah yang sesuai dengan objektif atau `Goal` pelabur.

Strategi Pelaburan
Ianya akan menerangkan bagaimana pengurus unit amanah (fund manager) akan mencapai objektif yang telah ditetapkan diatas dengan cara memecahkan dan mengolah kumpulan wang atau `asset` kepada pelbagai bidang, risiko pelaburan dan sektor pelaburan.

Risiko Pelaburan
Ambil perhatian kepada risiko pelaburan yang ditulis dan bandingkan dengan profil risiko anda atau pelabur anda. Unit pelaburan yang berlandaskan kepada `emerging market` akan secara lansung berisiko kepada risiko ekonomi dan keadaan politik.

Prestasi Kewangan.
Ianya salah satu dari jalan untuk pelabur menentukan bagaimana sesebuah unit amanah di seliakawal dalam jangka masa tertentu. Jika prestasi dan pulangan yang diberikan adalah `constant` maka unit amanah itu dikawal selia dengan baik dan berpotensi untuk memberi pulangan yang sama untuk tahun tahun berikutnya.

WALAUBAGAIMANA KITA HARUS INGAT PRESTASI LEPAS tidak menjamin pulangan yang sama di masa hadapan.

Ini adalah sedikit sebanyak `info` yang saya dapat berikan kepada pembaca tentang pengurusan unit amanah. Sila beri komen supaya pengetahuan ini dapat kita kongsi kepada semua orang yang ingin membuat pelaburan didalam unit amanah