Friday 16 December 2011

BENTUK PELEBURAN EMAS

Saya pasti anda selalu dengar kempen – kempen yang sering di war –war kan oleh dealer emas supaya anda melabur didalam kategori aset ini. Sebelum anda membuat keputusan untuk melabur di emas ini, biar saya cerite sedikit sebanyak mengenai pelaburan emas di Malaysia ini. 

Sebenarnya terdapat 3 kategori pelaburan emas yang selalu di lakukan oleh pelabur runcit seperti kita semua ini. Ianya adalah seperti
  1. Pelaburan Emas Perhiasan (jewellery)\
  2. Pelaburan Emas Coin / Gold Baru.
  3. Pelaburan Emas Di Bank (Buka akaun seperti maybank gold account). 
  4. Pelaburan Emas Lelong.
Table di bawah ini menunjukan kebaikan dan kekurangan setiap kategori diatas.

Kategori
Kebaikan
Kekurangan


Pelaburan Emas Hiasan
1.Emas Dalam bentuk nyata (physical)
2.Senang untuk di jual kembali (high liquidity)
1.Beza harga jualan dan belian sangat tinggi. Kadang kala mencecah penurunan sehingga 15%.
2.Penafsiran emas yang berbeza di bank.
3.Jika amaunt terlalu banyak sukar di jaga.
Pelaburan Emas Coin / Bar
1.Emas dalam bentuk nyata (physical)
2.Beza harga jual dan beli (Spread) yang rendah.
1. Penjualan hanya boleh di lakukan dengan dealer sahaja. (dengan syarat dealer mahu beli)
2. Sukar digadaikan di bank-bank tempatan.
Pelaburan Emas Akaun
1.Spread harga yang sangat rendah.
1.Emas tiada dalam bentuk nyata (physical).
2. Emas tidak boleh digadaikan.

Pelaburan Emas Lelong
(Emas hiasan yang dilelong)
1.Emas dalam bentuk nyata (physical)
2.Harga lebih rendah dari harga pasaran.
3.Senang untuk dijual atau digadai (high liquidity)
1.Beza harga jualan dan belian sangat tinggi. Kadang kala mencecah penurunan sehingga 15%.
2.Penafsiran emas yang berbeza di bank.
3.Jika amaunt terlalu banyak sukar di jaga.

Di dalam penjelasan diatas saya ada meletakkan kekurangan di kategori pelaburan emas hiasan antaranya sebagai  `penafsiran emas yang berbeza di bank`. Sebagai pelabur runcit, kadang kala kita kekurangan wang kerana wang itu telah di laburkan ke pembelian emas hiasan tadi dan masaalah yang timbul hanya dapat diatasi dengan menjual/mengadai emas yg kita beli sebelumnya.

Untuk mengelakkan dari kita kehilangan emas itu, selalunya kita akan mengadaikan emas itu di Bank Rakyat atau Bank Al Rahnu untuk menyelesaikan masaalah kita dan akan menebusnya bila kita mempunyai wang.

Maksud nya disini ialah kadang kala walaupun emas yang kita beli itu dinilaikan sebagai emas 960 semasa pembelian di P*h K*!ng tetapi apabila emas itu dinilaikan di Bank Rakyat/Al Rahnu, ada kemungkinan emas itu dinilaikan ke emas 850. 

Anda jangan lah terperanjat kerana, fesyen emas perhiasan sekarang terlalu banyak bentuk-bentuk dan kadang kala terdapat `emas putih` dicampurkan sekali. Tujuan emas putih ini dicampur adalah untuk tujuan menguatkan lagi kekuatan emas itu dan akhirnya akan menyebabkan peratus emas 960 yang asli berkurangan. Inilah yang akan menyebabkan emas hiasan anda dinilai lebih rendah dari jangkaan anda.

Tujuan saya menulis ini bukannya untuk melarang anda melabur di emas, tetapi agar anda lebih sedar cara cara lain yang ada di luar sana untuk melabur di pelaburan emas dan risiko yang ada disetiap kategori pelaburan emas.

Saya galakkan untuk kita berkongsi pengalaman mengenai pelaburan emas, semoga pengongsian kita ada manfaat kepada rakan rakan kita yang lain.

Wednesday 7 December 2011

PROCRASTINATION


Apa maksudnye `Procrastination`? Procrastination bermaksud melambatkan sesuatu kerja. Didalam perancangan kewangan, terdapat dua keadaan `Procrastination`.

Kategori Pertama – Tiada Pelan Tindakan

Kebanyakan dari manusia semua mahu menjadi kaya, jutawan, financial freedom, financial free dan sebagainya dimana ianya membawa maksud kita tidak perlu lagi perlu bergantung kepada wang gaji harian untuk survive belanja harian.

Tetapi yang menjadi masaalahnya iailah golongan ini tiada pelan tindakan dan kadang kala mereka tidak tahu apa yang mereka mahu. Mereka mahu jadi kaya, tetapi definasi kaya adalah berbeza untuk setiap manusia. Bagi sesetengah orang mempunyai wang sebanyak RM 100,000.00 adalah kaya dan untuk orang yang lain pula RM1 Juta adalah tidak mencukupi.

Ini lah yang dimaksudkan dengan `Procrastination` kategori pertama. Orang yang berada di kategori ini tidak tahu dan tiada pelan tindakan untuk menjadi kaya atau pun jutawan.

Golongan ini tidak akan mencapai tahap kaya/jutawan kerana mereka tidak tahu dan tiada pelan untuk menjadi kaya atau jutawan.

Kategori Kedua – Melambatkan Tindakan

Mereka yang berada di kategori ini boleh dikatakan orang yang rugi. Ini kerana orang yang berada di golongan ini tahu kenapa mereka ingin jadi kaya/jutawan dan kadang kala sudah tahu apa yang diperlukan untuk jadi kaya/jutawan.

Tetapi golongan ini sering melambatkan tindakan mereka kerana merasakan mereka masih lagi mempunyai masa untuk menjadi kaya. Bila mereka sedar bahawa mereka perlu membuat tindakan untuk mencapai  tujuan mereka, mereka sedar mereka telah terlambat.

Pada waktu itu, mereka baru sedar bahawa mereka tidak mampu untuk menyimpan kerana mereka sudah sudah dikelilingi hutang dan tidak mampu untuk menyimpan. Selalunya golongan ini adalah golongan yang mempunyai gaji yang besar dan berpangkat besar.

Kesan `Procrastination` Dalam Perancangan Kewangan.

Saya akan menunjukkan kesan melewatkan pelan tindakan kepada perancangan kewangan. Di bawah ini saya telah menyediakan satu table, dimana ia menunjukan wang simpanan bulanan yang diperlukan oleh En A untuk mencapai nilai RM1juta.

Starting Age
Savings Required/Month
30
RM    747
35
RM 1,306
40
RM 2,313
45
RM 4,841
50
RM12,807

Sebelum saya menerangkan table diatas ini, ingin saya kongsi bahawa perancangan kewangan adalah seperti menaiki bukit dan `RM1juta` berada di puncak bukit itu.

Jika anda bermula pada umur anda 30 tahun untuk mendaki bukit, tugas anda menaiki bukit adalah mudah, selesa dan murah. Tetapi jika anda bermula untuk menaiki bukit pada umur anda 50 tahun, perjalanan anda adalah lebih sukar, mencabar dan mahal.

Saya kaitkan cerita diatas dengan table diatas. Jika anda bermula menyimpan pada umur anda 30 tahun anda hanya memerlukan sebanyak RM747 sebulan untuk mencapai RM1Juta. Manakala anda memerlukan RM12,807 sebulan jika anda bermula pada umur 50tahun untuk mencapai angka RM1Juta. Sudah tentu simpanan sebanyak RM747 sebulan lebih `ringan dan mudah` berbanding RM12,807 sebulan bukan?

Oleh itu, ingin saya tekan kan bahawa perancangan kewangan bukan bermaksud berapa banyak pendapatan kita (disposable income). Jika penyataan diatas betul, maka orang yang berpendapatan tinggi adalah orang yang pandai dalam menguruskan hal kewangan mereka.

Sebenarnya `masa` adalah kunci untuk merancang kewangan kita dengan lebih baik. Oleh itu kita digalakkan untuk bermula menyimpan lebih awal dan konsisten untuk mencapai tujuan kita.

Tuesday 6 December 2011

CARA MEMAKSIMUMKAN JUMLAH WANG SIMPANAN BULANAN UNTUK SIMPANAN DIMASA HADAPAN (PENCEN)


OPTION 1 - TAMBAH SUMBANGAN EPF SEBANYAK 1% .
Dengan kos sara hidup kian meningkat, KWSP mengalu-alukan langkah yang dicadangkan dalam Bajet 2012 untuk menambah kadar caruman KWSP majikan dari 12 peratus ke 13 peratus bagi ahli berpendapatan RM5,000 ke bawah. – Sumber Dari KWSP
Ini membawa kepada jumlah caruman pekerja dan majikan meningkat dari 23% kepada 24% sebulan. Caruman majikan meningkat dari 12% kepada 13% sebulan dan caruman pekerja tetap di 11%.
Dengan menambah banyak 1% dari caruman pekerja atau 12% dari gaji bulanan anda, anda akan dapat menambah nilai tabungan dimasa tua anda secara lansung. Dengan mengambil contoh gaji basic sebanyak RM1000:

Gaji Basic
Caruman Sekarang               (23%)
Caruman Selepas Belanjawan (24%)
Caruman Yang Ditambah Selepas Belanjawan                           (25%)
Sebulan @ RM1000
RM230
RM240
RM250
Setahun @ RM12000
RM2,760
RM2,880
RM3,000
10 Tahun @ RM120,000
RM27,600
RM28,800
RM30,000

Dengan meningkatkan caruman sebanyak 1% anda akan ada minimum RM30,000 sepuluh tahun akan datang bedasarkan gaji asas/basic RM1000 sebulan. Cuba anda bayangkan jika gaji anda RM2000?3000? selepas 20 tahun kerja.

OPTION 2 - PINDAHKAN WANG EPF AKAUN SATU KE UNIT AMANAH.
Secara am nya, golongan pekerja di Malaysia akan mula kerja atau mempunyai gaji stabil pada umurnya 25 tahun manakala pencen pada umur 55 tahun. Mengikut kajian, secara amnya golongan lelaki & wanita di Malaysia akan hidup sehingga 80 tahun.
Jika dimasa kita kerja, gaji kita adalah RM3000 sebulan  adakah kita akan memerlukan RM3000 juga semasa bersara? Sebenarnya ianya tidak mencukupi kerana factor inflasi akan mengikis nilai duit anda. Inflasi adalah factor yang mengikis nilai duit anda dan ianya akan sentiasa berubah. Untuk memberi contoh mudah, pada tahun lepas saya beli Milo pek 400g pada harga RM5.00 tetapi tahun ini nilai MILO itu meningkat kepada RM6.00. Oleh itu nilai wang kita sebenarnya telah merosot.
 Oleh itu bagaimana kita hendak menjamin wang simpanan di EPF mampu mengatasi infasi ini? Salah satu caranya ialah memindahkan sebahagian wang dari akaun 1 EPF di unit unit amanah yang telah di buktikan mampu memberi pulangan yang stabil dan lebih tinggi dari pulangan EPF.

OPTION 3 - PINDAHKAN WANG EPF AKAUN II.
Ramai diantara kita, tahu bahawa duit di akaun 2 boleh dikeluarkan untuk membayar instalment rumah. Tetapi wang itu juga boleh dikeluarkan dan boleh diguna untuk kegunaan harian, oleh itu jika digunakan sebaik baiknya kita boleh gunakan ia untuk menambah wang simpanan kita.
Masaalahnya tidak semua orang boleh apply dan gune kelebihan ini. Terdapat 2 syarat yang perlu dipatuhi. Yang Pertama, mesti mempunyai rumah dan yang keduanya nama nya mesti didaftar sebagai pemilik rumah di geran tanah /rumah itu.

Thursday 14 July 2011

APA YANG PERLU KITA TAHU SEBELUM MEMBUAT PELABURAN UNIT AMANAH

Sebelum anda bercadang untuk melaburkan duit anda ke dalam unit amanah, anda digalakkan unit membaca dan cuba memahami apa yang di terangkan didalam `Prospectus`. Dokument ini adalah dokument paling penting sebelum anda ingin melaburkan wang anda didalam unit amanah. Dokumen ini seperti kompas kepada unit amanah yang anda pilih dimana ianya akan menentukan hala tuju unit amanah yang dipilih.

Terdapat banyak pilihan unit amanah di pasaran dimana setiap darinya berbeza dari objektif pelaburan dan risiko yang terlibat. Pelabur digalakkan untuk membuat kajiselidik sebelum membuat keputusan untuk melabur didalam unit amanah di pasaran. Info-info itu boleh diperolehi dari `Prospectus` untuk setiap unit amanah dan saya akan terangkan sedikit sebanyak dibawah ini.

Objektif Pelaburan
Walaupun terdapat unit amanah yang mempunyai objektif untuk menjana pendapatan yang stabil
(income fund), terdapat juga unit amanah yang mempunyai objektif jangka panjang dimana `capital growth` diutamakan (growth fund) dan terdapat juga yang ade dua2 sifat di atas.

Oleh itu berpandukan objektif pelabur, pelabur hendaklah memilih unit amanah yang sesuai dengan objektif atau `Goal` pelabur.

Strategi Pelaburan
Ianya akan menerangkan bagaimana pengurus unit amanah (fund manager) akan mencapai objektif yang telah ditetapkan diatas dengan cara memecahkan dan mengolah kumpulan wang atau `asset` kepada pelbagai bidang, risiko pelaburan dan sektor pelaburan.

Risiko Pelaburan
Ambil perhatian kepada risiko pelaburan yang ditulis dan bandingkan dengan profil risiko anda atau pelabur anda. Unit pelaburan yang berlandaskan kepada `emerging market` akan secara lansung berisiko kepada risiko ekonomi dan keadaan politik.

Prestasi Kewangan.
Ianya salah satu dari jalan untuk pelabur menentukan bagaimana sesebuah unit amanah di seliakawal dalam jangka masa tertentu. Jika prestasi dan pulangan yang diberikan adalah `constant` maka unit amanah itu dikawal selia dengan baik dan berpotensi untuk memberi pulangan yang sama untuk tahun tahun berikutnya.

WALAUBAGAIMANA KITA HARUS INGAT PRESTASI LEPAS tidak menjamin pulangan yang sama di masa hadapan.

Ini adalah sedikit sebanyak `info` yang saya dapat berikan kepada pembaca tentang pengurusan unit amanah. Sila beri komen supaya pengetahuan ini dapat kita kongsi kepada semua orang yang ingin membuat pelaburan didalam unit amanah

Monday 4 April 2011

Langkah 2 - Wealth Accumulation / Pengumpulan Harta


Langkah 2 - Wealth Accumulation / Pengumpulan Harta

Apabila kita mula bekerja, kita akan mula didedahkan kepada pelbagai peluang yang diwawarkan mampu untuk meningkatkan kewangan kita. Ini termasuklah ASB, AHB, EPF, Unit amanah yang lain, perniagaan Multilevel Marketing (MLM) dan perlbagai lagi jenis perniagaan yang lain.

Fasa Wealth Accumulation adalah fasa dimana kita mengunakan wang yang telah kita simpan sebelum ini untuk menambah nilainya untuk kita gunakan dimasa yang akan datang. Untuk itu kita harus

·         Bayar diri anda dahulu. Pastikan kita menyimpan sekurang2nya 10% dari gaji bulanan.
·         Menilai kembali pembelanaan bulanan kita. Tulis apa yang kita belanjakan sepanjang sebulan dan lihat mana yang boleh kita kurangkan. 
·         Kurangkan hutang bulanan anda, kita boleh menjimatkan bukan saja puluh, ratus malah ribu dengan mengabungkan kesemua hutang kita dan membayar hutang yang mengenakan interest yang paling besar. Contohnya kad kredit dan personal loan.
Selepas itu kita rancang dan set target kita.
·         Sila rancang goal jangka pendek, jangka sedarhana dan jangka lama. Apa yang anda ingin lakukan atau ada 5 tahun? 10 tahun? Atau 20 tahun akan datang.
·         Pastikan jangka masa yg ditetapkan adalah realistik. Jangan lupa factor inflasi dalam perancangan kita.
·         Pastikan wang anda dilaburkan  ditempat yang mampu mencapai target anda. Saya akan cerita pasal ini di bawah nanti.
·         Cari risiko pelaburan yang bersesuian dengan personality anda. Saya beri contoh mudah, jika anda mempunyai persenaliti risiko yang sedarhana atau rendah, pastikan pelaburan anda di bidang yang mempunyai risiko rendah atau sedarhana seperti ASB.
·         Pastikan tidak semua wang anda dilaburkan ke tempat yang sama. Pecahkan wang anda supaya risiko anda akan lebih terkawal.
Seperti yang saya tulis diatas, kita hendaklah memastikan wang kita dilaburkan di tempat yang mampu mencapai target kita. Dalam perancangan kewangan, terdapat satu formula yang boleh kita guna untuk kita mengangar masa yang kita perlukan untuk mengandakan wang kita di sesuatu tempat pelaburan. Rumus itu adalah

Y                                  = 72 / i

Y                                  = Tahun yang diperlukan untuk mengandakan wang yang dilaburkan.
I                                   = Dividen yang diistihar oleh unit pelaburan yang dipilih.

Untuk menguna rumus di atas, saya akan beri contoh.

Katakan Ahmad mempunyai RM100,000.00 pada tahun 2010 dan wang itu dilaburkan ke ASB dengan angaran dividen yang diistihar adalah 8%. Maka masa yang diperlukan oleh Ahmad untuk mengandakan pelaburannya kepada RM200,000.00 adalah:

Y                                  = 72/ 8 (dividen)
Y                                  = 9

Nombor `9` ini bermaksud Ahmad memerlukan 9 tahun atau menyimpan sehingga tahun 2019 untuk mengandakan wangnya kepada RM200,000.00.

Jika anda merancang untuk mendapatkan RM200,000.00 dalam masa 5 tahun, ianya tidak akan tercapai jika anda melaburkan nya kedalam ASB. Menggunakan rumus diatas, kita juga boleh mengetahui dividen yang diperlukan jika anda ingin mengandakan wang pelaburan anda dalam masa 5 tahun. Dengan mengubah rumus diatas,

I                                   = 72/ Y
I                                   = 72 / 5 (tahun diperlukan)
I                                   = 14.4.

Nombor `14.4` ini bermaksud Ahmad memerlukan unit pelaburan yang mampu memberikan pulangan sebanyak 14.4% dividen setiap tahun selama 5 tahun untuk mengandakan wangnya kepada RM200,000.00.

Disini akan terbit satu lagi masaalah yang lain. Pulangan yang tinggi juga membawa risiko yang tinggi. Oleh itu anda hendaklah memahami personality risiko anda supaya ianya bersesuaian dengan perancangan kewangan anda. Anda boleh mengetahui profil risiko kewangan anda di laman web AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) dibawah Bank Negara. http://www.akpk.org.my/Home/SelfTest/tabid/60/Default.aspx

Tuesday 29 March 2011

Perancangan Kewangan

Salam semua kepada pembaca-pembaca sekalian.

Dalam kehidupan kita sebagai hamba A
llah S.W.t di dunia ini, kita perlu tahu beberapa langkah2 yang perlu kita sediakan dan lakukan sebelum kite mencapai apa yang dipanggil Financial Freedom. Bagi sesetengah orang, mereka juga memanggil nye sebagai Financial Security. Sebenarnya terdapat banyak perbezaan antara dua dan saya akan kupas perbezaan ini di masa yang lain insyaallah.

Untuk mencapai tahap diatas kita perlu memahami kenapa kita perlu merancang kewangan kita. Perancangan kewangan yang baik akan membolehkan kita mencapai semua yang kita impikan manakala perancangan kewangan yang kurang baik akan menyebabkan kita sentiasa kekurangan wang.

Berbalik kepada tajuk perancangan kewangan, terdapat 4 langkah yang harus kita lalui dan setiap satu adalah penting.

Iaitu


Langkah 1- Wealth Creation/ Harta

Apabila kita mula bekerja, rata-rata antara kita bermula daripada sifar (tiada kekayaan) dan ada yang bermula dari negatif, terutama dari mereka yang mempunyai beban hutang PTPTN. Dan ada dikalangan kita yang juga bernasib baik memiliki kekayaan hasil dari pemberian/ peninggalan generasi yang lepas.


Wealth Creation adalah fasa dalam kehidupan kita dimana kita mula bekerja dan dalam masa yang sama kita menyimpan sedikit daripadanya untuk kegunaan dikemudian hari. Sebenarnya pada permulaan fasa kita mula bekerja adalah fasa yang paling susah untuk kita memulakan simpanan. Ini kerana pada pendapat saya, kebanyakkan dari kita akan mula mengunakan gaji yang diperolehi untuk membeli barang impian mereka. Ini termasuklah Handphone berjenama, televisyen 42 Inci, I-Pad dan sebagainya kerana desakan persekitaran.

Saya ingin kongsi satu pepatah yang saya peroleh semasa saya mula2 belajar merancang kewangan. `Jika kita tidak menjadi TUAN kepada wang, kita akan menjadi HAMBA kepada wang` bagi saya pepatah ini sangat tepat dan straight forward. Oleh itu kita harus mengamalkan sifat menyimpan sekurang2nya 10-20% dari jumlah gaji kita untuk tujuan wealth creation.

Pepatah kedua yang ingin saya kongsi iailah, `Sikit-Sikit Lama-Lama Menjadi Bukit`. Ini kerana jika kita tidak mempunyai RM100 dalam simpanan, kita tidak mungkin akan mencapai RM1000. Dan Jika kita tidak merancang untuk mempunyai Rm10,000.00, bagaimana kita hendak mencapai RM100,000.00? RM1,000,000.00?

Oleh itu kekayaan tidak akan datang dengan mudah dan sekelip mata tanpa ada kemahuan, perancangan dan usaha.

Saya akan menyambung lagi mengenai langkah 2 - Wealth Accumulation - Pengumpulan Harta dikemudian hari. Wassallam