Monday 4 April 2011

Langkah 2 - Wealth Accumulation / Pengumpulan Harta


Langkah 2 - Wealth Accumulation / Pengumpulan Harta

Apabila kita mula bekerja, kita akan mula didedahkan kepada pelbagai peluang yang diwawarkan mampu untuk meningkatkan kewangan kita. Ini termasuklah ASB, AHB, EPF, Unit amanah yang lain, perniagaan Multilevel Marketing (MLM) dan perlbagai lagi jenis perniagaan yang lain.

Fasa Wealth Accumulation adalah fasa dimana kita mengunakan wang yang telah kita simpan sebelum ini untuk menambah nilainya untuk kita gunakan dimasa yang akan datang. Untuk itu kita harus

·         Bayar diri anda dahulu. Pastikan kita menyimpan sekurang2nya 10% dari gaji bulanan.
·         Menilai kembali pembelanaan bulanan kita. Tulis apa yang kita belanjakan sepanjang sebulan dan lihat mana yang boleh kita kurangkan. 
·         Kurangkan hutang bulanan anda, kita boleh menjimatkan bukan saja puluh, ratus malah ribu dengan mengabungkan kesemua hutang kita dan membayar hutang yang mengenakan interest yang paling besar. Contohnya kad kredit dan personal loan.
Selepas itu kita rancang dan set target kita.
·         Sila rancang goal jangka pendek, jangka sedarhana dan jangka lama. Apa yang anda ingin lakukan atau ada 5 tahun? 10 tahun? Atau 20 tahun akan datang.
·         Pastikan jangka masa yg ditetapkan adalah realistik. Jangan lupa factor inflasi dalam perancangan kita.
·         Pastikan wang anda dilaburkan  ditempat yang mampu mencapai target anda. Saya akan cerita pasal ini di bawah nanti.
·         Cari risiko pelaburan yang bersesuian dengan personality anda. Saya beri contoh mudah, jika anda mempunyai persenaliti risiko yang sedarhana atau rendah, pastikan pelaburan anda di bidang yang mempunyai risiko rendah atau sedarhana seperti ASB.
·         Pastikan tidak semua wang anda dilaburkan ke tempat yang sama. Pecahkan wang anda supaya risiko anda akan lebih terkawal.
Seperti yang saya tulis diatas, kita hendaklah memastikan wang kita dilaburkan di tempat yang mampu mencapai target kita. Dalam perancangan kewangan, terdapat satu formula yang boleh kita guna untuk kita mengangar masa yang kita perlukan untuk mengandakan wang kita di sesuatu tempat pelaburan. Rumus itu adalah

Y                                  = 72 / i

Y                                  = Tahun yang diperlukan untuk mengandakan wang yang dilaburkan.
I                                   = Dividen yang diistihar oleh unit pelaburan yang dipilih.

Untuk menguna rumus di atas, saya akan beri contoh.

Katakan Ahmad mempunyai RM100,000.00 pada tahun 2010 dan wang itu dilaburkan ke ASB dengan angaran dividen yang diistihar adalah 8%. Maka masa yang diperlukan oleh Ahmad untuk mengandakan pelaburannya kepada RM200,000.00 adalah:

Y                                  = 72/ 8 (dividen)
Y                                  = 9

Nombor `9` ini bermaksud Ahmad memerlukan 9 tahun atau menyimpan sehingga tahun 2019 untuk mengandakan wangnya kepada RM200,000.00.

Jika anda merancang untuk mendapatkan RM200,000.00 dalam masa 5 tahun, ianya tidak akan tercapai jika anda melaburkan nya kedalam ASB. Menggunakan rumus diatas, kita juga boleh mengetahui dividen yang diperlukan jika anda ingin mengandakan wang pelaburan anda dalam masa 5 tahun. Dengan mengubah rumus diatas,

I                                   = 72/ Y
I                                   = 72 / 5 (tahun diperlukan)
I                                   = 14.4.

Nombor `14.4` ini bermaksud Ahmad memerlukan unit pelaburan yang mampu memberikan pulangan sebanyak 14.4% dividen setiap tahun selama 5 tahun untuk mengandakan wangnya kepada RM200,000.00.

Disini akan terbit satu lagi masaalah yang lain. Pulangan yang tinggi juga membawa risiko yang tinggi. Oleh itu anda hendaklah memahami personality risiko anda supaya ianya bersesuaian dengan perancangan kewangan anda. Anda boleh mengetahui profil risiko kewangan anda di laman web AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) dibawah Bank Negara. http://www.akpk.org.my/Home/SelfTest/tabid/60/Default.aspx