Friday 20 January 2012

AKAR MEMBENTUK BUAH


The Roots Create the Fruits
Imagine a tree. Let’s suppose this tree represents the tree of life. On this tree there are fruits. In life, our fruits are called our results. So we look at the fruits (our results) and we don’t like them; there aren’t enough of them, they’re too small, or they don’t taste good.

So what do we tend to do? Most of us put even more attention and focus on the fruits, our results. But what is it that actually creates those particular fruits? It’s the seeds and the roots that create those fruits. It’s what’s under the ground that creates what’s above the ground. It’s what invisible that creates what’s visible is.

So what does that mean? It means that if you want to change the fruits, you will first have to change the roots. If you want to change the visible, you must first change the invisible. Of course, some say that seeing is believing. The question I have for such people is “Why do you bother paying your electric bill?” Although you cannot see electricity, you can certainly recognize and use its power. If you have any doubt as to whether it exists, just stick your finger in an electric socket, and I guarantee that your doubts will quickly disappear.

In my experience, what you cannot see in this world is far more powerful than anything you can see. You may or may not agree with this statement, but to the extent that you do not apply this principle in your life, you must be suffering. Why? Because you are going against the laws of nature, whereby what is under the ground creates what is above the ground, where what is invisible creates what is visible.

As humans, we are a part of nature, not above it. Consequently, when we align with the laws of nature and work on our roots—our “inner” world—our life flows smoothly. When we don’t, life gets rough. 

This is an excerpt from T. Harv Eker book named Secret Of The Millionaire Mind, if  you would like to have a copy of the e-book, please drop your email below and I will gladly forward you the booklet but I do suggest we buy the book as a personal copy and support the author work.

Akar Membentuk Buah.
Bayang kan sepohon `pokok`. Kita cuba bayangkan `pokok` ini mengambarkan kehidupan kita. Didalam `pokok` ini terdapat `buah` dan dalam kehidupan, kita anggap ia sebagai kejayaan kita. Kita lihat `buah`nya dan kita akan cakap macam-macam mengenainya seperti kita tidak suka buah itu, buah itu tidak cukup, buah itu terlalu kecil ataupun rasa buah itu tidak sedap.

Oleh itu apa yang kita buat? Kebanyakan dari kita akan letak lebih perhatian pada `buah`nya dan dalam hal ini kejayaan kita. Tetapi apa yang sebenarnya membentuk buah itu? Sebenarnya benih dan akarlah yang membentuk buah itu. Apa yang tersembunyi membentuk yang nyata.

Apa maksudnye? Apa yang cuba disampaikan iailah jika kita hendak mengubah `buah`nya, kita harus mengubah akarnya. Jika kita hendak mengubah yang nyata, kita kene mengubah yang tersembunyi. Ada pepatah engris mengatakan `Seeing Is Believing`, Tanya ini kepada orang yang ini bersetuju dengan pepatah ini. “ Kenapa kamu bayar bil elektrik?”. Ini kerana walaupun kita tidak nampak elektrik itu, kita tahu kepentingan dan kegunaannya. Dan jika orang itu tidak ragu dengan kewujudan elektrik, cuba letakkan jari anda di soket elektrik, saya yakin keraguan anda akan hilang.

Menurut pengalam saya, apa yang kita tersembunyi lebih dasyat dari apa yang kita boleh nampak. Anda mungkin tidak setuju dengan pendapat ini. jika kita enggan mematuhi aturan ini, kehidupan kita akan menjadi sukar. Kenapa? Kerana kita menentang aturan yang telah ditetapkan dimana yang tersembunyi membentuk yang nyata.

Sebagai manusia, kita adalah sebahagian dari kehidupan dan bukan diatasnya. Dan jika kita mematuhi aturan kehidupan dan melakukan sesuatu terhadap `akar` kita, kehidupan kita akan jadi lebih teratur dan tersusun. Jika tidak mematuhinya kehidupan kita akan jadi sukar.

Ini adalah terjemahan dari petikan buku T. Harv Eker, “Secret Of The Millionaire Mind”, sila letakkan email anda di bawah dan saya akan email kan kepada anda. Tetapi saya juga berharap agar anda dapat membeli buku ini sebagai panduan yg lebih baik.

Saya minta maaf jika terjemahan saya ini kurang baik dan saya harap kita semua boleh memperoleh manfaat dari buku ini.


Thursday 5 January 2012

KWSP - Penamaan Pewaris

Jangan Menafikan Hak Orang Yang Tersayang.
Sudahkah anda membuat penamaan terhadap simpanan KWSP anda? Jika anda berumur 18 tahun dan ke atas, anda boleh menamakan waris anda (dibenarkan lebih dari seorang) sebagai penerima/pentadbir simpanan KWSP anda apabila anda meninggal dunia. Anda dinasihatkan untuk menamakan ahli keluarga terdekat seperti suami, isteri, anak-anak, bapa, ibu atau adik beradik untuk memudahkan pengeluaran simpanan KWSP anda.

Bagi ahli bukan beragama islam, individu yang dinamakan sebagai pewaris merupakan pewaris yang sebenar (beneficiary) yang akan menjadi penerima mutlak simpanan anda apabila anda meninggal dunia.

Bagi ahli yang beragama islam, individu yang dinamakan adalah merupakan pentadbir yang bertanggungjawab untuk memastikan pengagihan simpanan anda kepada orang tersayang yang berhak mengikut hukum Faraid apabila anda meninggal dunia.

Kenapa Perlu Membuat Penamaan?
Anda digalakkan untuk membuat penamaan untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada penama tersebut. Sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris terdekat atau tangungan anda berkemungkinan menghadapi kesusahan untuk menuntut simpanan tersebut.

Sekiranya simpanan anda melebihi RM25,000, waris terdekat anda perlu mendapat kan Surat Kuasa Mentadbir/ Surat Probet/ Perintah Pembahagian/ Sijil Faraid daripada pihak yang menguruskan harta pusaka seperti Amanah Raya Berhad atau Mahkamah atau Pejabat Tanah. Proses untuk mendapatkan dokumen berkenaan biasanya mengambil masa yang panjang dan pemohon akan dikenakan bayaran tertentu.

Bagaimana Membuat Penamaan?
Anda perlu mengisi Borang Penamaan KWSP 4 (AHL) dengan lengkap dan menghantarnya ke mana mana pejabat KWSP yang berhampiran. Borang ini perlu diterima oleh KWSP semasa hayat anda.

Penamaan Bagi Ahli Yang Beragama Islam.
Bagi ahli yang beragama islam, individu yang dinamakan hanya bertindak sebagai wasi/pentadbir yang bertanggungjawab  untuk mengagihkan simpanan anda kepada waris-waris yang berhak mengikut Hukum Faraid.

Menyemak Penamaan
Jika anda ingin membuat semakan ke atas penamaan yang telah dibuat, anda bileh menyemak penamaan penamaan tersebut melalui cara berikut:-

1) Datang sendiri ke Pejabat KWSP yang berhampiran
2) Menulis surat kepada
Unit Penamaan,
Seksyen Pendaftaran,
Pejabat KWSP Petaling Jaya,
Bangunan KWSP Jalan Gasing,
46598 Petaling Jaya,
Selangor.

Anda perlu kemukakan kad pengenalan untuk semakan di kaunter manakala untuk semakan secara bertulis, anda perlu sertakan salinan kad pengenalan.