Tuesday, 6 December 2011

CARA MEMAKSIMUMKAN JUMLAH WANG SIMPANAN BULANAN UNTUK SIMPANAN DIMASA HADAPAN (PENCEN)


OPTION 1 - TAMBAH SUMBANGAN EPF SEBANYAK 1% .
Dengan kos sara hidup kian meningkat, KWSP mengalu-alukan langkah yang dicadangkan dalam Bajet 2012 untuk menambah kadar caruman KWSP majikan dari 12 peratus ke 13 peratus bagi ahli berpendapatan RM5,000 ke bawah. – Sumber Dari KWSP
Ini membawa kepada jumlah caruman pekerja dan majikan meningkat dari 23% kepada 24% sebulan. Caruman majikan meningkat dari 12% kepada 13% sebulan dan caruman pekerja tetap di 11%.
Dengan menambah banyak 1% dari caruman pekerja atau 12% dari gaji bulanan anda, anda akan dapat menambah nilai tabungan dimasa tua anda secara lansung. Dengan mengambil contoh gaji basic sebanyak RM1000:

Gaji Basic
Caruman Sekarang               (23%)
Caruman Selepas Belanjawan (24%)
Caruman Yang Ditambah Selepas Belanjawan                           (25%)
Sebulan @ RM1000
RM230
RM240
RM250
Setahun @ RM12000
RM2,760
RM2,880
RM3,000
10 Tahun @ RM120,000
RM27,600
RM28,800
RM30,000

Dengan meningkatkan caruman sebanyak 1% anda akan ada minimum RM30,000 sepuluh tahun akan datang bedasarkan gaji asas/basic RM1000 sebulan. Cuba anda bayangkan jika gaji anda RM2000?3000? selepas 20 tahun kerja.

OPTION 2 - PINDAHKAN WANG EPF AKAUN SATU KE UNIT AMANAH.
Secara am nya, golongan pekerja di Malaysia akan mula kerja atau mempunyai gaji stabil pada umurnya 25 tahun manakala pencen pada umur 55 tahun. Mengikut kajian, secara amnya golongan lelaki & wanita di Malaysia akan hidup sehingga 80 tahun.
Jika dimasa kita kerja, gaji kita adalah RM3000 sebulan  adakah kita akan memerlukan RM3000 juga semasa bersara? Sebenarnya ianya tidak mencukupi kerana factor inflasi akan mengikis nilai duit anda. Inflasi adalah factor yang mengikis nilai duit anda dan ianya akan sentiasa berubah. Untuk memberi contoh mudah, pada tahun lepas saya beli Milo pek 400g pada harga RM5.00 tetapi tahun ini nilai MILO itu meningkat kepada RM6.00. Oleh itu nilai wang kita sebenarnya telah merosot.
 Oleh itu bagaimana kita hendak menjamin wang simpanan di EPF mampu mengatasi infasi ini? Salah satu caranya ialah memindahkan sebahagian wang dari akaun 1 EPF di unit unit amanah yang telah di buktikan mampu memberi pulangan yang stabil dan lebih tinggi dari pulangan EPF.

OPTION 3 - PINDAHKAN WANG EPF AKAUN II.
Ramai diantara kita, tahu bahawa duit di akaun 2 boleh dikeluarkan untuk membayar instalment rumah. Tetapi wang itu juga boleh dikeluarkan dan boleh diguna untuk kegunaan harian, oleh itu jika digunakan sebaik baiknya kita boleh gunakan ia untuk menambah wang simpanan kita.
Masaalahnya tidak semua orang boleh apply dan gune kelebihan ini. Terdapat 2 syarat yang perlu dipatuhi. Yang Pertama, mesti mempunyai rumah dan yang keduanya nama nya mesti didaftar sebagai pemilik rumah di geran tanah /rumah itu.

No comments:

Post a Comment