Wednesday, 7 December 2011

PROCRASTINATION


Apa maksudnye `Procrastination`? Procrastination bermaksud melambatkan sesuatu kerja. Didalam perancangan kewangan, terdapat dua keadaan `Procrastination`.

Kategori Pertama – Tiada Pelan Tindakan

Kebanyakan dari manusia semua mahu menjadi kaya, jutawan, financial freedom, financial free dan sebagainya dimana ianya membawa maksud kita tidak perlu lagi perlu bergantung kepada wang gaji harian untuk survive belanja harian.

Tetapi yang menjadi masaalahnya iailah golongan ini tiada pelan tindakan dan kadang kala mereka tidak tahu apa yang mereka mahu. Mereka mahu jadi kaya, tetapi definasi kaya adalah berbeza untuk setiap manusia. Bagi sesetengah orang mempunyai wang sebanyak RM 100,000.00 adalah kaya dan untuk orang yang lain pula RM1 Juta adalah tidak mencukupi.

Ini lah yang dimaksudkan dengan `Procrastination` kategori pertama. Orang yang berada di kategori ini tidak tahu dan tiada pelan tindakan untuk menjadi kaya atau pun jutawan.

Golongan ini tidak akan mencapai tahap kaya/jutawan kerana mereka tidak tahu dan tiada pelan untuk menjadi kaya atau jutawan.

Kategori Kedua – Melambatkan Tindakan

Mereka yang berada di kategori ini boleh dikatakan orang yang rugi. Ini kerana orang yang berada di golongan ini tahu kenapa mereka ingin jadi kaya/jutawan dan kadang kala sudah tahu apa yang diperlukan untuk jadi kaya/jutawan.

Tetapi golongan ini sering melambatkan tindakan mereka kerana merasakan mereka masih lagi mempunyai masa untuk menjadi kaya. Bila mereka sedar bahawa mereka perlu membuat tindakan untuk mencapai  tujuan mereka, mereka sedar mereka telah terlambat.

Pada waktu itu, mereka baru sedar bahawa mereka tidak mampu untuk menyimpan kerana mereka sudah sudah dikelilingi hutang dan tidak mampu untuk menyimpan. Selalunya golongan ini adalah golongan yang mempunyai gaji yang besar dan berpangkat besar.

Kesan `Procrastination` Dalam Perancangan Kewangan.

Saya akan menunjukkan kesan melewatkan pelan tindakan kepada perancangan kewangan. Di bawah ini saya telah menyediakan satu table, dimana ia menunjukan wang simpanan bulanan yang diperlukan oleh En A untuk mencapai nilai RM1juta.

Starting Age
Savings Required/Month
30
RM    747
35
RM 1,306
40
RM 2,313
45
RM 4,841
50
RM12,807

Sebelum saya menerangkan table diatas ini, ingin saya kongsi bahawa perancangan kewangan adalah seperti menaiki bukit dan `RM1juta` berada di puncak bukit itu.

Jika anda bermula pada umur anda 30 tahun untuk mendaki bukit, tugas anda menaiki bukit adalah mudah, selesa dan murah. Tetapi jika anda bermula untuk menaiki bukit pada umur anda 50 tahun, perjalanan anda adalah lebih sukar, mencabar dan mahal.

Saya kaitkan cerita diatas dengan table diatas. Jika anda bermula menyimpan pada umur anda 30 tahun anda hanya memerlukan sebanyak RM747 sebulan untuk mencapai RM1Juta. Manakala anda memerlukan RM12,807 sebulan jika anda bermula pada umur 50tahun untuk mencapai angka RM1Juta. Sudah tentu simpanan sebanyak RM747 sebulan lebih `ringan dan mudah` berbanding RM12,807 sebulan bukan?

Oleh itu, ingin saya tekan kan bahawa perancangan kewangan bukan bermaksud berapa banyak pendapatan kita (disposable income). Jika penyataan diatas betul, maka orang yang berpendapatan tinggi adalah orang yang pandai dalam menguruskan hal kewangan mereka.

Sebenarnya `masa` adalah kunci untuk merancang kewangan kita dengan lebih baik. Oleh itu kita digalakkan untuk bermula menyimpan lebih awal dan konsisten untuk mencapai tujuan kita.

No comments:

Post a Comment