Wednesday 8 February 2012

PERBANDINGAN ANTARA INVESTMENT SECARA `LUMP SUMP` DENGAN `REGULAR SAVING PLAN` (SIMPANAN BULANAN) – DOLAR COST AVERAGING


Agen Unit amanah ( Unit Trust) selalu mengunakan ayat `guna teknik dollar cost averaging` tetapi ape sebenarnye teknik `dollar cost averaging nih? Disini saya cuba cerita sedikit sebanyak yang saya tahu pasal teknik ini dan harap sesiapa yang lebih mahir boleh kongsi dan ceritakan dengan lebih baik.

Teknik ini sebenarnya diguna dan diaplikasi untuk mengurangkan risiko pelaburan dengan melabur secara sistematik dan tetap. Dalam erti kata yang lain, kite melabur dalam kadar amaun yang sama pada masa yang tetap tidak kira keadaan ekonomi pada waktu ketika itu. Cara ini akan mengurangkan risiko meneka atau menunggu masa (selalunye berkaitan dengan emosi) apabila membuat pelaburan.

Sila lihat table di bawah sebagai contoh aplikasi teknik ini.

Month
NAV / Unit (RM)
Pelaburan (RM)
Unit dibeli
Jumlah Unit Dibeli
Nilai Pelaburan
January
1.00
100.00
100
100
100.00
February
1.10
100.00
91
191
210.00
March
1.20
100.00
83
274
329.09
April
1.30
100.00
77
351
456.52
May
1.30
100.00
77
428
556.52
June
1.00
100.00
100
528
528.09
July
0.90
100.00
111
639
575.28
August
0.70
100.00
143
782
547.44
September
0.60
100.00
167
949
569.23
October
0.80
100.00
125
1074
858.98
November
0.90
100.00
111
1185
1,066.35
December
1.00
100.00
100
1285
1,284.83
Total
1,200.00
1285
1285
1,284.83

Contoh
Encik Ali membeli Unit Amanah A bermula dari awal tahun 2011 (January) sehingga akhir tahun 2011 (December). Kalau mengikut jadual diatas, harga per unit unit amanah A tidak tetap dan harganye turun sehingga RM0.60/unit pada bulan September. Pada akhir tahun atau bulan December, harga NAV kembali ke nilai asal iaitu RM1.00/unit. 

Kita akan cakap bahawa unit amanah ini tidak memberi keuntungan kerana ianya bermula pada RM1.00/ unit dan berakhir pada RM1.00/unit. Tetapi jika dilihat lebih dekat, sebenarnya Encik Ali telah mendapat keuntungan sebanyak RM84.83 atau `annualized return` sebanyak 15.9%. Ini kerana lebih banyak unit telah dibeli ketika keadaan ekonomi turun dan kurang unit dibeli semasa ekonomi naik. 

Jika Encik Ali mengunakan seluruh wangnya sebanyak RM1200 dan dilabur pada bulan January 2011, unit amanah yang dipegang tidak berubah kerana harga NAV di bulan January dan di bulan December adalah sama sebanyak RM1.00/unit menyebabkan asset / hartanya tidak berkembang.

So macam mane? Anda faham kelebihan melabur mengunakan teknik ini berbanding melabur secara lump sump? sila beri komen.

1 comment:

  1. salam..
    sy agak kurang ilmu ttg unit amanah..di prudential pon boleh melabur dgn menggunakan KWSP ke?

    sy ada +/-rm10K..adakah menyimpan lump sum pd awal 2013 x brp bagus ? sbb nk tgok market syer ni mmg xreti la sis..

    TQVM

    ReplyDelete