Tuesday 21 February 2012

Unit Trust – Ape Beza `Annualized Returns` Dengan `Cumulative Return`?


Kebanyakkan dari kite semue kurang didedahkan dengan cara yang diguna untuk mengetahui bagaimana mengetahui performance unit trust atau unit amanah yang telah kite beli/labur. Saya akan cuba kongsi sebaik mungkin dengan mengunakan contoh table yang digunakan di  http://www.fundsupermart.com.my untuk mengetahui pulangan sebenar unit trust yang kita labur.

Sila buka laman internet diatas dan pilih mana2 unit trust yang berada di atas kanan di label sebagai `Fund Search|Choose a Fund`. Click fund tersebut. Selepas itu kita akan pergi ke page yange ceritekan segalanya tentang fund yang dipilih dari `Asset Class` sehingalah `Fund Performance` unit trust tersebut.

Scroll ke bawah sehingga kita jumpa table yang same seperti dibawah.

FUND PERFORMANCE (BID-TO-BID ANNUALIZED RETURNS)
Period
3 mth
6 mth
1 yr
2 yr
3 yr
5 yr
10 yr
Bid to Bid Returns (%) - RM
10.4
8.7
10.3
16.8
24.0
9.0
-


FUND PERFORMANCE (BID TO BID CUMULATIVE RETURNS)
Period
1 wk
1 mth
3 mth
6 mth
YTD
1 yr
2 yr
3 yr
5 yr
10 yr
Bid to Bid Returns (%) - RM
0.1
3.0
10.4
8.7
4.04
10.3
36.5
91.0
54.2
-
 Saya akan kongsi bagaimana dan ape beza diantara table yang pertama dengan table ke due. Secara ringkas, table ke dua beritahu jumlah pulangan yang kita peroleh selama berapa tahun kita pegang unit amanah ini. Saya akan beri contoh dimana contoh ini akan menceritakan dengan lebih baik.

Contoh :
Unit Trust A.
Unit Dibeli                                                           - RM1000
`Cumulative return` selepas 5 tahun                - 54.2%
Jumlah asset selepas 5 tahun                             - RM1542.00

RM1542 dikira dari RM1000 + 54.2% * RM1000.

Kebanyakan dari agent unit trust beritahu kita bahawa pulangan unit amanah kita adalah sebanyak 54.2/5 tahun = 10.84% setahun. Sebenarnya figure ini adalah tidak tepat dan menyebabkan kita membuat keputusan yang silap dengan menyangka pulangan unit trust ini adalah sebanyak 10.84% setahun. Jika kita banding dengan table yang pertama, table yang pertama beritahu bahawa pulangan unit trust ini iailah 9% (lihat di 5 tahun) dan bukannya 10.84%. Oleh itu jika kita ingin tahu pulangan unit trust yang dipilih, kita digalakkan untuk melihat table yang pertama kerana inilah pulangan unit trust itu yang sebenarnya.

Sila komen supaya kita dapat belajar dan kongsi apa yang saya tulis supaya kita dapat memahami dan dapat memilih unit trust yang lebih baik di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment